Pembangunan masa hadapan Puncak_Alam

Pelan pembangunan bertarikh 9 September 2008 yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Daerah Kuala Selangor, menyatakan bahawa pada masa hadapan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) bakal disiapkan sepenuhnya pada tahun 2014 dengan peruntukan kawasan seluas 1,085.75 ekar (4.3939 km persegi), meliputi 15 fakulti pengajian yang mampu menampung 40,000 siswa dan kakitangan. Dokumen yang sama menganggarkan bahawa tambahan sebanyak 65,798 unit kediaman bakal disiapkan di Puncak Alam pada tahun 2015 yang mampu menampung 35,000 penduduk berbanding populasi sekarang yang dilaporkan pada kadar 25,000 penduduk.

Dokumen Rancangan Tempatan Tahun 2015 yang diterbitkan oleh MDKS menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk membangunkan sebuah Taman Tema Air di kawasan ini, serta kemudahan LRT (Light Rail Transit) yang akan menghubungkan Bestari Jaya, Puncak Alam dan Shah Alam.